Program eUsahawan (Terokai Dunia Perniagaan Digital)

Tarikh : 08 Julai 2018

Masa   : 10.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Kg jepak

Peserta : 8 Orang

Tujuan

Program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka - selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

 

Kelebihan Aktiviti

1. Memberi pendedahan asas keusahawanan Online.

2.  Menyediakan ruangan dan peluang untuk mengiklankan produk usahawan tempatan dan memasarkan produk mereka kepada komuniti setempat.

3. Membimbing individu memulakan perniagaan di rumah atau dimana sahaja.

4. Program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet

5. Membantu individu mempunyai keterampilan serta keyakinan diri yang tinggi (Confident Attitude).