Pengenalan Lokasi/Tempat

           Kampung Jepak di Bintulu Sarawak merupakan kampung yang cukup tua di wilayah Sarawak Malaysia dengan penduduk asli yang dikenali sebagai Vaie Segan.Jarak dari Bandar bintulu ke kampung Jepak adalah 23Km melalui jalan darat, dan jika menggunakan jalan darat ia mengambil masa kira-kira dua puluh minit manakala 10 minit sahaja jika menaiki perahu tambang.Jumlah keseluruhan penduduknya adalah 4,855 dimana majoriti penduduk merupakan kaum bumiputera melanau. Terdapat empat buah kampung rangkaian iaitu Kampung Jepak Hulu, Kampung Jepak hilir, Kampung sungai sebuan kecil dan Kampung Sungai Sebuan Besar. Kampung Jepak mempunyai kawasan seluas 5017 ekar ini terletak di bawah parlimen Bintulu dan DUN  Jepak.Kemudahan asas kampung Jepak meliputi kemudahan balairaya, dewan orang ramai, dewan serbaguna, masjid/rumah ibadat dan klinik kesihatan.Bagi kemudahan pendidikan, ia terdiri daripada sekolah rendah,sekolah menengah, perpustakaan dan pusat ICT.Manakala kemudahan rekreasi terdiri daripada lot permainan, gelanggang permainan dan padang bola.

      Kegiatan ekonomi penduduk di kampung ini terdiri dari pelbagai kegiatan iaitu pertanian, perniagaan, perdagangan, industri pembuatan, buruh dan kakitangan kerajaan dan swasta.Kini kampung ini berkembang pesat dengan pelbagai aktiviti perniagaan.Sebelum ini, kebanyakan penduduk kg Jepak bekerja sebagai nelayan.Pada masa kini,kegiatan ekonomi utama penduduk kampung jepak tidak tertumpu kepada sektor pertanian tanaman dan perikanan.Sektor keusahawanan juga memainkan peranan utama kegiatan ekonomi di mana ianya penyumbang kedua terbesar selepas pertanian dan perikanan kepada penduduk kampung jepak.Sektor ini dilihat semakin berkembang dengan wujudnya beberapa tempat kemudahan berniaga yang mengusahakan hasil industri pembuatan hasil kampung seperti belacan, tupik dan makanan kering.Dalam bidang pertanian pula, sebilangan kecil penduduk kampung jepak mengusahakan  mengusahakan tanaman pertanian.Antara tanaman yang di jalankan adalah seperti ubi kayu, pokok kelapa, pisang dan yang lain-lain. 

Maklumat Kampung

Nama Kampung :  Kampung Jepak
 Parlimen :  Bintulu
 Ahli Parlimen P217 Bintulu:   Y.B Datuk Seri Tiong King sing
 Dun :   N.67Jepak
ADUN :  
Daerah :  Bintulu
Penghulu :  
Negeri  : Sarawak
Kedudukan  :
23 km dari bandar Bintulu
Keluasan :  5017 ekar
Kependudukan : 100 % bumiputera Melanau
Jumlah penduduk : 5000 orang
Jumlah Rumah :  885 buah

 

Populasi Penduduk Kampung Jepak Bintulu

Jumlah penduduk mengikut jantina, isi rumah dan tempat kediaman, mengikut kawasan kajian pengguna, Kampung Jepak, Bintulu, Sarawak, Malaysia, 2010

Kawasan Kajian

Penduduk
Population

Tempat kediaman
Living quarters

Isi rumah
Households

Jumlah
Total

Lelaki
Male

Perempuan
Female

Kampung Jepak

      5000

         2,620

                2,380

               885

                    1000

 Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020