Terdapat beberapa produk tempatan yang ada di kampung jepak bintulu seperti:

Belacan

     Belacan Bintulu sememangnya tidak asing lagi di rantau Malaysia, terutamanya di sekitar Sarawak. Rasanya yang asli dan cara pembuatan tradisionalnya  membuatkan rasa belacan Bintulu digemari ramai. Belacan bintulu tidak berbau dan sangat sedap jika ditambah dalam masakan.  Bahan utama untuk membuat belacan bintulu adalah ‘bubok’ (udang halus).Keaslian belacan Bintulu adalah dibuat secara ditumbuk sehingga lumat. Terdapat juga cara mudah untuk membuat belacan dengan mengisar ramuan dengan mesen khas, akan tetapi cara ini tidak berapa mendapat sambutan kerana struktur dan rasa belacan agak berbeza dengan belacan yang ditumbuk. Belacan bintulu biasanya dijadikan sebagai penambah perisa dalam sajian seperti sayuran, belacan goreng, nasi goreng belacan, dan  sambal ulaman.

 

Sos Sesar Unjur

     Sos yang dihasilkan oleh warga tempatan Bintulu. Sos tersebut di hasilkan dengan menambahkan Udang Salai atau lebih dikenali sebagai Sesar Unjur.Ada 2 jenis udang yang digunakan untuk menghasilkan sos tersebut iaitu Udang Putih dan Udang Merah.Tetapi lebih mengunakan Udang Putih kerana Udang Merah agak sukar untuk didapati.

     Sos tersebut sesuai digunakan untuk memasak seperti ayam masak merah,mee goreng sos,keropok lekor dan sebagainya.Kini telah mendapat pengiktirapan daripada daripada pihak MARDI,FAMA,MOA dan mendapatkan sijil halal daripada JAIS serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Cencaluk

    Cencaluk adalah sejenis lauk sampingan yang menaikkan selera untuk makan. Ianya biasa dimakan bersama timun dan ulaman. Cencaluk adalah sejenis makanan yang diperam ia biasanya diperap di dalam botol dan boleh tahan lama jika ianya disimpan di tempat yang sejuk seperti peti sejuk.

Ikan Masin

       Ikan Masin yang di komersialkan di bintulu adalah agak menarik kerana ianya dihasilkan seperti keropok. Seperti ikan masin lain,ikan masin keropok ini juga dicuci dan ditambah garam sebelum ianya dijemur kering.Ikan masin keropok boleh dimakan terus ataupun dimakan dengan nasi.

 

        DSC3123

  DSC2133

Diantara Produk Bintulu yang dijual di Pasar Tamu Bintulu.