Golongan belia terutamanya pemuda di Kampung Jepak sama juga seperti persatuan wanita, golongan pemuda antara penyumbang tenaga terbesar dalam sesebuah majlis keramaian.Belia di Kampung Jepak digabungkan dalam persatuan seperti Hadrah Warisan yang dibimbing oleh En Jaya bin Semon dan Komuniti satu Malaysia yang dibimbing oleh En Mohamad Kawi. Persatuan ini sangat aktif kerana setiap ahli dari golongan pemuda dan lepasan sekolah. Golongan ini ringan tangan dalam membantu kerja-kerja berat yang perlu dilaksanakan bagi mempercepatkan kelancaran majlis. Contohnya, tugas golongan ini adalah memasang khemah-khemah dan memunggahkan barang-barang yang diperlukan untuk urusan majlis. Bagi aktiviti seperti gotong-royong di sekitar kampung, golongan ini dipertanggungjawabkan untuk memotong rumput, menebas semak dan sebagainya. 

Komuniti 1 Malaysia SMK Kemena