Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk

1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan  jangkitan;

2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Klinik Kesihatan Jepak

       Klinik Kesihatan jepak mula beroperasi pada 18.Mac.2014.Terletak di Lot Pembesaran Kpg Jepak.Kelebihan untuk penduduk kpg Jepak,Rumah panjang sepanjang kuala Tatau,Kuala Tatau,Kpg Kuala Segan,Taman Sri Pelabuhan dan yang berdekatan dengan Klinik Kesihatan kpg Jepak.Memenuhi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di Kampung Jepak dan sekitarnya sekali gus mengurangkan kesesakan pesakit mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bintulu (KKB).

Waktu beroperasi:

Isnin - jumaat :8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Klinik Kesihatan Jepak