Mardiah Resort 

    Seindah namanya,Villa Mardiah gabungan nama pemilik Haji Awang Omar Haji Awang Salleh dan isteri,Dayang saadiah Haji Awang Abdul Rahman.Kawasan riadah seluas 36 ekar ini,pengunjung dapat melihat keindahan serta keunikan binaan chaletnya yang dibina dan direka menggunakan bahan mentah berasaskan pasir.

    Pada mulanya mendirikan sebuah chalet sebagai tempat perhentian dihujung minggu tatkala mengusahakan kebun,akhirnya mencetuskan idea kepada Haji Awang Omar untuk mengusahakan perniagaan chalet.Villa mardiah mempunyai enam buah chalet pada kadar RM70 untuk hari biasa dan RM80 untuk hujung minggu bagi satu malam penginapan.

   Selain kemudahan chalet yang dilengkapi set televisyen,penghawa dingin,katil berserta tilam dan bantal,almari pakaian,set kerusi.Villa mardiah turut menyediakan sebuah asrama mengandungi 30 buah katil sesuai untuk aktiviti perkhemahan atau persekolahan.Bagi kaki pancing,Villa Mardiah turut menyediakan sebuah kolam yang menempatkan pelbagai spesis ikan seperti keli,tilapia,lampam jawa dan udang galah tanpa dikenakan sebarang caj atau bayaran masuk.Namun bagi mereka yang berjaya menaikkan tangkapan akan dikenakan bayaran RM12 bagi setiap kilogram ikan,manakala RM25 untuk udang galah.

Mardiah resort