Program Hari kemerdekaan yang ke 61 Tahun Bersama Tabika Kemas Kpg jepak Hulu.

Tarikh : 31 Ogos 2018

Masa   : 08.00 - 11.30 Pagi

Lokasi : Ruang Legar Tabika Kemas Kpg Jepak

Peserta : Kanak-kanak Tabika Kemas Kpg Jepak Hulu dan IbuBapa.

Tujuan

Untuk menyuntik semangat kemerdekaan dan cinta akan Negara.Menerangkan tema Kemerdekaan Ke 61 Tahun "Sayangi Malaysiaku" kepada kanak-kanak Tabika.

 

Kelebihan Aktiviti

1. Dapat memupuk semangat patriotik dan cinta akan negara.

2. Menghargai dan mengenang jasa para pejuang kemerdekaan tanah air kita.

3. Bagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya rakyat yang berbilang kaum dan agama saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu.