Program Dengue Patrol Sk kampung Jepak(Taklimat dan Pameran Klik dengan Bijak)

Tarikh : 13 April 2019

Masa   : 8.00pagi - 2.00petang

 Lokasi : Dewan Sri jepak,Sk kampung Jepak

 Peserta :Pelajar,Guru dan Ibubapa

Tujuan

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dan mengenai bahaya nya Nyamuk Aedes jika tidak dihapuskan.

 

Kelebihan Aktiviti

1.Pelajar dan ibubapa didedahkan mengenai penyalahgunaan telefon pintar.

2. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).

3. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.