Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Jepak 2019

Tarikh : 17 November 2019

Masa   : 7.30pagi - 1.00petang

 Lokasi : Pusat Internet Kampung Jepak 

 Peserta :250 pengunjung / Peserta

Tujuan

Untuk mempromosikan Pusat internet kepada komuniti dan memperkenalkan satu aplikasi iaitu Dashboard Komuniti bersama modul-modul yang terdapat di dalam Dashboard Komuniti serta menggalakkan mereka untuk memuat turun aplikasi Dashboard dan memperkenalkan E-waste kepada komuniti. Selain itu program ini juga diadakan bagi menggalakkan lebih ramai komuniti untuk datang ke Pusat Internet dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan serta menghargai sokongan komuniti terhadap program di Pusat Internet.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti bengkel keusahawanan(Myshop),membuat artikel (Mykomuniti),acara sukaneka untuk belia,kanak-kanak dan warga emas.Pemeriksaan kesihatan secara percuma (Kospen / Myhealth,taklimat Klik dengan Bijak,Kuiz kahoot,mewarna digital,pertandingan masakan berasaskan belacan,pakaian beragam menggunakan bahan terbuang(Rujukan Youtube).Selain itu,terdapat juga pameran dari agensi Kesihatan,Tupperware dan Tm.

 

Gambar disini