Program Cakna Kesihatan & Lestari ICT Pusat Internet Kampung Jepak 2019

Tarikh : 15 Disember 2019

Masa   : 7.30pagi - 1.00petang

 Lokasi : Pusat Internet Kampung Jepak 

 Peserta :200 pengunjung / Peserta

Tujuan

Untuk melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan. Disamping itu, ianya dapat mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat. Selain itu, ianya bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih dan bagi menggalakkan lebih ramai komuniti untuk datang ke Pusat Internet dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan serta menghargai sokongan komuniti terhadap program di Pusat Internet.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti bengkel keusahawanan(Myshop),membuat artikel (Mykomuniti),acara sukaneka untuk belia,kanak-kanak dan warga emas.Pemeriksaan kesihatan secara percuma (Kospen / Myhealth),taklimat Klik dengan Bijak,Kuiz kahoot,mewarna digital dan senaman poco-poco.Selain itu,terdapat juga pameran dari agensi Kesihatan.