Kelas Asas ICT (Microsoft Word)
Tarikh : Ogos 2023
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Jepak
Peserta : 2 Orang
Tujuan
Di dalam kelas ini, pelajar diberikan tunjuk ajar berkenaan pengenalan kepada asas komputer, pengenalan kepada tools yang ada dan sering digunakan di dalam membuat Ms Word serta latihan untuk mengukuhkan pengetahuan dan ilmu yang disampaikan. Pelajar dinasihatkan untuk mengenal pasti skrin di Ms Word; Bar Program – menunjukkan program yang sedang digunakan. Bar Menu – menu di mana arahan disimpan. Toolbar Standard – ikon pintas arahan-arahan yang kerap digunakan. Toolbar Formatting – ikon pintas arahan-arahan berkaitan dengan format. Butang Tutup – menutup perisian MS Word. Kursor Menaip – lokasi aksara apabila menaip atau memasukkan objek. Skrol Bar Menegak – gerakkan skrin ke atas atau ke bawah. Skrol Bar Melintang – gerakkan skrin ke kiri atau ke kanan.
Tujuan kelas ini adalah untuk melatih pelajar meggunakan kemahiran-kemahiran asas dalam Ms Word serta meningkatkan daya kreativiti pelajar menerusi penggunaan perisian-perisian Ms Word. Di samping itu juga, ia dapat menggalakkan pelajar menggunakan komputer dalam proses pembelajaran serta mendedahkan pelajar kepada dunia ICT dan teknologi.Dengan MS Word anda boleh menghasilkan dokumen dengan segera seperti membuat surat,memo dan dokumen-dokumen yang lain.