Program : Bengkel Keusahawanan dan bengkel seni solekan

Tarikh : 29 Oktober 2017

Masa   : 8.00 Pagi - 2.30 Petang

Lokasi : Pusat Internet  Kg Jepak

Peserta : 12 Orang

Tujuan

Bertujuan memberi pendedahan asas keusahawanan Online dan menyediakan ruangan dan peluang untuk mengiklankan produk usahawan tempatan di aplikasi dashboard dan memasarkan produk mereka kepada komuniti setempat.Memberikan ilmu pengetahuan tentang asas seni solekan kerana asas tersebut boleh menjanakan pendapatan terhadap peserta.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut seperti:-

1. Bicara keusahawanan : Asas keusahawanan online ( tips-tips menjalankan Online Bizz) / Pengenalan My Shop.

2. Bengkel fotografi  : Asas cara dan teknik pengambaran produk yang dipasarkan secara online).

3. KDB dan kuiz  :  Program yang membudayakan penggunaan internet secara  positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

4. Bengkel Seni Solekan : cara dan teknik asas seni solekan.Memilih bagaimana mencipta seni solekan untuk client-client seperti solekan dinner,bertunang dan pengantin.