Bengkel Kerjaya : Teknik Penulisan Resume & Persediaan Menghadapi Temuduga 2.0

Tarikh : 27 Januari 2018

Masa   : 10.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet  kg Jepak

Peserta : 15 Orang (Belia)

Tujuan

Program ini adalah untuk mendedahkan mahasiswa tentang pentingnya membina personaliti eksekutif dan mempersiapkan diri dengan segala kemahiran yang perlu untuk memasuki pasaran kerja.Bengkel ini juga adalah untuk melengkapkan diri peserta dengan kemahiran,teknik dan tips mencari kerja dan menghadapi temuduga supaya bakal graduan lebih berkeyakinan dan kompetitif dalam meghadapi persaingan dalam mendapatkan kerja selepas tamat sekolah/pengajian.

Kelebihan Aktiviti

1. Memberi Pendedahan kepada pelajar berkaitan cara penulisan resume yang efektif dan sesuai dengan kehendak industri semasa memandangkan perkara ini merupakan perkara utama dan asas bagi lepasan sekolah / graduan untuk memohon pekerjaan selepas tamat belajar.

2. Diberi tunjuk ajar dan panduan tentang struktur asas temuduga,persediaan menghadiri temuduga dan turut diberikan beberapa tips kunci kejayaan dalam temuduga.

3. Dengan bengkel ini peserta dapat lebih bersedia dari segi mental dan emosi sebelum,semasa dan selepas meghadapi temuduga pada masa akan datang sekaligus dapat memotivasikan mereka untuk membuat persediaan awal sebelum menempuh alam kejayaan.