Dari segi keselamatan Ahli JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bertanggungjawab dalam memastikan Kampung Jepak sentiasa dalam keadaan aman tanpa sebarang ancaman dan masalah. Segala bentuk permasalahan akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli dan selesaikan dengan sebaiknya bagi menjamin kesejahteraan kampung.Sebarang masalah serius akan diuruskan oleh pihak berkuasa seperti JPA , POLIS ,KASTAM yang berada dekat dengan Kampung Jepak.