Usahawan Kecil (Kuih Muih)

Nama : Hamdiah Binti Spawi

Umur : 48 Tahun

Ahli    : 2017

Latar belakang

Beliau telah lama bergiat dalam perniagaan kecil-kecilan,beliau adalah anak jati kampung jepak. Beliau juga sering mengikuti bengkel-bengkel keusahawanan dan aktif di dalam aktiviti-aktiviti memperkasakan kemahiran dalam membuat kuih-muih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, kaedah permasaran agak terhad. Serta tidak mahir untuk menghasilkan gambar dan foto produk yang menarik, semasa memasarkan produk secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui bengkel latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Jepak beliau kini telah berpeluang untuk mempromosi makanan dan minuman yang dijual dikedai beliau. Puan Hamdiah sendiri telah banyak mempromosi gerai beliau di laman facebook, dan sekarang gerai beliau dikenali di kampung jepak.