Nama :Nur Fitri Dalila

Umur : 11 Tahun

Ahli    : 2018

Latar belakang

 

Adik Fitri merupakan anak jati Kg Jepak dan bersekolah di SK Kg Jepak .Beliau telah mula mengikuti Latihan ICT yang di anjurkan oleh pihak Pi1M pada Januari tahun 2018. Pada tahun hadapan beliau bakal memduduki peperiksaan UPSR.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Fitri kurang berpengetahuan mengenai ICT. Sifat yang ingin belajar lebih mendalam tentang penggunaan Microsoft Office telah mendorong beliau untuk terlibat dengan Pi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Kg Jepak kini beliau mampu menguasai dan menambah pengetahuan tentang fungsi ICT. Kelas ICT yang dijalankan telah memberi peluang untuk beliau memperbaiki kemahiran menggunakan pelbagai perisian computer seperti Microsoft office serta menggunakan internet browser untuk tujuan mencari maklumat di atas talian.

Apabila beliau didedahkan dengan pelbagai ilmu menggunakan komputer dan internet adik Fitri telah mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajarinya. Ini telah membantu beliau untuk memperbaiki beliau dari segi mengulangkaji pelajaran secara atas talian. Beliau kerap menggunakanTutor Online UPSR untuk belajar dan mengulangkaji matapelajaran yang bakal beliau duduki untuk peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.