Usahawan Kecil Makanan Basah

Nama : Maslina Binti Junis

Umur : 40 Tahun

Ahli    : 2017

Latar belakang

Telah lama bergiat menjalankan perniagaan usahawan kecil-kecilan Sekitar kampung Jepak. Ketika ini beliau menumpukan perniagaan dengan membuka gerai menjual pelbagai jenis masakan panas seperti Nasi Ayam, Mee Goreng dll, sepenuh masa dan merancang untuk meluaskan perniaggan mereka. Kini beliau masih lagi mengikuti krusus Keusahawanan dan bengkel-bengkel keusahawanan yang di anjurkan oleh PI Kg Jepak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau belum mahir menggunakan Microsoft office 2010 serta kaedah permasaran agak terhad menyukarkan beliau untuk meningkat kan hasil jualan. Serta tidak mahir untuk membuat poster dan tag harga supaya kelihatan lebih menarik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui bengkel latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Jepak beliau kini telah berpeluang untuk memasarkan pasaran produk hasil jualan dengan lebih meluas terutamanya dalam dashboard komuniti My shop. Setelah mengetahui strategi pemasaran secara online beliau telah melipatgandakan pendapatan perniagaan beliau.