Nama : Nur RabiatulAnis
Umur : 14 Tahun

Ahli    : 2017

Latar belakang

Adik Anis merupakan anak jati Kg Jepak dan bersekolah di SMK Kemena .Beliau telah mula mengikuti Latihan ICT yang di anjurkan oleh pihak Pi Kg Jepak pada Januari tahun 2020.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang berpengetahuan mengenai ICT. Sifat yang ingin belajar lebih mendalam tentang penggunaan Microsoft Office telah mendorong beliau untuk terlibat dengan Pi Kg Jepak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Jepak kini beliau mampu menguasai dan menambah pengetahuan tentang fungsi ICT. Kelas ICT yang dijalankan telah memberi peluang untuk beliau memperbaiki kemahiran menggunakan pelbagai perisian komputer seperti Microsoft office serta menggunakan internet browser untuk tujuan mencari maklumat di atas talian.

Apabila beliau didedahkan dengan pelbagai ilmu menggunakan komputer dan internet adik Anis itelah mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajarinya. Ini telah membantu beliau untuk memperbaiki beliau dari segi mengulangkaji pelajaran secara atas talian.