Usahawan Kecil (Kuih kering,Biskut)

Nama :Azima Binti Kamis

Umur : 39 Tahun

Ahli    : 2019

Latar belakang

- Terdahulu, Azima Kamis merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai hobi dalam bidang masakan Justeru,
beliau menyertai Usahawan PEDi secara intensif dibawah bimbingan petugas PEDi Kg Jepak dan aktif bergiat serta menghadiri kelas-kelas yang diadakan.
Usahawan yang menjalankan perniagaan pelbagai produk berasaskan makanan seperti kuih kering, biskut, produk pastry dan produk tempatan seperti belacan.
Beliau telah belajar cara memperluaskan perniagaan beliau dalam e-marketplace seperti Shopee. 
 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, kaedah permasaran agak terhad. Serta tidak mahir untuk menghasilkan gambar dan foto produk yang menarik, semasa memasarkan produk secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Beliau juga telah mencipta logo dan sticker produk beliau semasa menghadiri kelas Asas Canva. 
Perniagaan yang dijalankan oleh beliau lebih mudah dikenali apabila beliau telah mencipta logo, sticker dan banner dalam usaha memperkasakan perniagaan beliau. Iklan yang
lebih menarik juga membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian. Hasil jualan meningkat setelah menyertai kelas tersebut.
Selainshopee, beliau juga menggunakan platform media social seperti Facebook dan Whatsapp untuk tujuan promosi dan tempahan.