Usahawan Kecil Makanan Basah/Kering
Nama : Noreiha Binti Deli
Umur : 35 TahunAhli : 2016 |
Latar belakang
Beliau telah lama bergiat dalam perniagaan kecil-kecilan,beliau adalah anak jati kampung Kemuting . Beliau juga sering mengikuti bengkel-bengkel keusahawanan dan aktif di dalam aktiviti-aktiviti memperkasakan kemahiran dalam membuat kuih-muih.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penggunaan ICT, kaedah permasaran agak terhad. Serta tidak mahir untuk menghasilkan gambar dan foto produk yang menarik, semasa memasarkan produk secara atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui bengkel latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Jepak beliau kini telah berpeluang untuk mempromosi makanan dan minuman yang dijual dikedai beliau. CIk Nur sendiri telah banyak mempromosi gerai beliau di laman facebook, dan sekarang gerai beliau dikenali di sekitar Kampung yg berhampiran.