Pengenalan Lokasi/Tempat
Kampung Jepak di Bintulu Sarawak merupakan kampung yang cukup tua di wilayah Sarawak Malaysia dengan penduduk asli yang dikenali sebagai Vaie Segan.Jarak dari Bandar bintulu ke kampung Jepak adalah 23Km melalui jalan darat, dan jika menggunakan jalan darat ia mengambil masa kira-kira dua puluh minit manakala 10 minit sahaja jika menaiki perahu tambang.Jumlah keseluruhan penduduknya adalah 4,855 dimana majoriti penduduk merupakan kaum bumiputera melanau. Terdapat empat buah kampung rangkaian iaitu Kampung Jepak Hulu, Kampung Jepak hilir, Kampung sungai sebuan kecil dan Kampung Sungai Sebuan Besar. Kampung Jepak mempunyai kawasan seluas 5017 ekar ini terletak di bawah parlimen Bintulu dan DUN Jepak.Kemudahan asas kampung Jepak meliputi kemudahan balairaya, dewan orang ramai, dewan serbaguna, masjid/rumah ibadat dan klinik kesihatan.Bagi kemudahan pendidikan, ia terdiri daripada sekolah rendah,sekolah menengah, perpustakaan dan pusat ICT.Manakala kemudahan rekreasi terdiri daripada lot permainan, gelanggang permainan dan padang bola.
Kegiatan ekonomi penduduk di kampung ini terdiri dari pelbagai kegiatan iaitu pertanian, perniagaan, perdagangan, industri pembuatan, buruh dan kakitangan kerajaan dan swasta.Kini kampung ini berkembang pesat dengan pelbagai aktiviti perniagaan.Sebelum ini, kebanyakan penduduk kg Jepak bekerja sebagai nelayan.Pada masa kini,kegiatan ekonomi utama penduduk kampung jepak tidak tertumpu kepada sektor pertanian tanaman dan perikanan.Sektor keusahawanan juga memainkan peranan utama kegiatan ekonomi di mana ianya penyumbang kedua terbesar selepas pertanian dan perikanan kepada penduduk kampung jepak.Sektor ini dilihat semakin berkembang dengan wujudnya beberapa tempat kemudahan berniaga yang mengusahakan hasil industri pembuatan hasil kampung seperti belacan, tupik dan makanan kering.Dalam bidang pertanian pula, sebilangan kecil penduduk kampung jepak mengusahakan mengusahakan tanaman pertanian.Antara tanaman yang di jalankan adalah seperti ubi kayu, pokok kelapa, pisang dan yang lain-lain.
Maklumat Kampung
Nama Kampung : | Kampung Jepak |
Parlimen : | Bintulu |
Ahli Parlimen P217 Bintulu: | Y.B Datuk Seri Tiong King sing |
Dun : | N.67Jepak |
ADUN : | |
Daerah : | Bintulu |
Penghulu : | |
Negeri : | Sarawak |
Kedudukan : |
23 km dari bandar Bintulu |
Keluasan : | 5017 ekar |
Kependudukan : | 100 % bumiputera Melanau |
Jumlah penduduk : | 5000 orang |
Jumlah Rumah : | 885 buah |
Populasi Penduduk Kampung Jepak Bintulu
Jumlah penduduk mengikut jantina, isi rumah dan tempat kediaman, mengikut kawasan kajian pengguna, Kampung Jepak, Bintulu, Sarawak, Malaysia, 2010
Kawasan Kajian |
Penduduk |
Tempat kediaman |
Isi rumah |
||
Jumlah |
Lelaki |
Perempuan |
|||
Kampung Jepak |
5000 |
2,620 |
2,380 |
885 |
1000 |
Sumber: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020
Halaman 2 dari 2