Golongan wanita di Kampung Jepak digabungkan dalam kumpulan persatuan yang dikenali sebagai zikir marhaban wanita yang dibimbing oleh Puan Hjh Napsiah Binti Hj Suhaili , Parti Bersatu Bumiputera golongan wanita yang dibimbing oleh Puan Midah Binti Mohammed,persatuan Ibu Tunggal yang diketuai oleh Puan Hamdiah Ahmad ,Biro Wanita jepak hulu yang dibimbing oleh Puan Misniah Hj Ashaari.Persatuan ini sangat aktif memandangkan ahli-ahlinya terdiri daripada golongan ibu-ibu dan belia-belia wanita. Namun, golongan ini memberikan komitmen yang tinggi dari segi gotong-royong setiap kali majlis keramaian diadakan seperti kenduri perkahwinan, kesyukuran, tahlil dan sebagainya. Mereka akan berkumpul di tempat berlansungnya majlis keramaian sejak dari awal untuk membantu tuan rumah menguruskan majlis. Contohnya untuk majlis perkahwinan, mereka membahagikan tugas dengan baik untuk urusan memasak, menghidang,berzikir dan membersihkan barang-barang selepas majlis. Tugas-tugas terlebih dahulu dibincangkan dalam menyuarat yang telah ditetapkan sebelum majlis berlangsung.

Kumpulan zikir wanita              

 

              Kelas aerobik & Zumba

Kelas Kraftangan mengunakan bahan terbuang oleh wanita jepak