Terdapat beberapa makanan tradisional yang berada di sekitar Kampung Jepak Bintulu iaitu.

Tio'ng

     Tiong makanan yang sangat istimewa sebab ia dimasak menggunakan bara api.Tio'ng merupakan salah satu kuih yang popular dalam kalangan masyarakat Melanau Bintulu.Selain Bintulu, Tio'ng juga terkenal di rantau Betong dan di Pusak, Sarawak.Keaslian Tio'ng bergantung kepada jenis ramuan dan cara pembuatannya. Bahan-bahan untuk membuat tio'ng seperti isi ikan atau udang segar,hampas tupik(sejenis makan yang diperbuat daripada sagu),air garam,lada kisar,dan linut mentah.(diperbuat dari pohon sagu).

Tupik Vaie

     Tupik Vaie atau tupik adalah sejenis makanan sampingan masyarakat melanau di Bintulu. Ianya kelihatan seperti sagu tetapi bersaiz lebih kecil.Tupik boleh dimakan seperti biasa ataupun  dimakan bersama numai(ikan mentah), pisang dan masakan kari.Rasa tupik adalah lemak dan sedikit masin.Ianya keras tetapi rangup.Contoh makanan seterusanya adalah sagu atau nama komersialnya di Bintilu, nu’oi.  Nu’oi adalah makanan sampingan masyarakat melanau Bintulu yang di perbuat daripada pohon sagu dan kelapa parut.Sagu bersaiz lebih besar daripada tupik dan strukturnya lebih lembut dan mudah rapuh.Rasa sagu adalah lebih lemak dan kurang masin daripada tupik.Seperti tupik, sagu juga boleh dimakan seperti biasa. Kebiasaannya, makanan ini dimakan bersama pisang dan ikan.

 Te’bes

        Penggunaan daun nipah muda untuk membalut kuih Tebes membuatkan ianya kelihatan sama seperti Tio’ng. Linut mentah dan kelapa parut merupakan bahan-bahan utama untuk membuat te’bes. Linut mentah dibasahkan dan diayak sehingga menjadi butiran-butiran halus. Campuran air yang terlalu banyak mennyebabkan adunan kuih ini kurang sempurna. Cara-cara membuatnya adalah dengan menaburkan serbuk linut dan kelapa secara rata di dalam kuali dan ditutup menggunakan daun nipah muda. Petua orang lama adalah dengan meletakkan adunan yang ditutupi daun nipah muda tadi dengan kuali lain di atasnya supaya adunan tadi menjadi seperti lempeng dan teradun rata. Setelah siap dimasak, Te’bes biasanya disaji bersama gula apong atau kuah satey sebagai penambah perisa.

Umai 

     Umai atau dikenali sebagai kerabu ikan adalah salah satu makanan yang terkenal di Bintulu. Ianya kelihatan seperti sushi(sejenis makanan Jepun) kerana bahan asas untuk membuatnya adalah menggunakan potongan halus ikan mentah. Ikan yang biasa digunakan untuk membuat umai adalah ikan merah dan ikan tenggiri. Cara-cara untuk membuat umai adalah mengaul rata ikan mentah, bawang besar,bawang merah, sedikit halia, jus limau, hirisan lada dan sedikit garam. Umai biasanya dimakan secara beramai-ramai dan dihidangkan didalam mangkuk besar. Ianya boleh dimakan terus ataupun dijadikan lauk dan dimakan bersama nasi.

     Makanan asli Melanau Bintulu melambangkan keunikan etnik ini. Kepelbagaian jenis makanan tradisionalya menunjukkan budaya mereka yang unik dan pelbagai yang masih mengamalkan cara hidup dan tradisi makanan yang asli dan tradisonal yang masih dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Melanau Bintulu hingga ke hari ini.