Program Keusahawanan Dan Agensi Bersama PEDi Kg Jepak

Tarikh : 20 Jun 2022

Masa   : 8.00 pagi - 5.00 Petang

 Lokasi : PEDi Kampung Jepak

 Peserta : 71 Orang

Tujuan

- Mendedahkan ilmu serta pengetahuan kepada komuniti mengenai aplikasi Shoppe.Secara tidak langsung membantu komuniti menceburi bidang perniagaan melaui  jualan atas talian.

- Memberi ilmu masakan kepada komuniti sebagai contoh Cara membuat Pes Masakan. Ia secara tidak langsung dapat memberi idea serta idea kepada komuniti yang ingin memulakan perniagaan mereka.

- Merapat kan jurang serta mengeratkan kerjasama diantara PEDi, Komuniti serta Pihak Agensi Tempatan.

Kelebihan Aktiviti

1. Bengkel Usahawan Shopee
2. Bengkel membuat PES Makanan
3. Taklimat Klik Dengan Bijak
4. Tayangan Video Klik dengan bijak
5. Taklimat dan Pameran Agensi Tempatan

Lawatan sambil Belajar Tabika KEMAS Kampung Baru Sebuan Besar ke Pusat Ekonomi Digital Kampung Jepak.

Tarikh : 4 Februari 2022

Masa   : 9.00 pagi - 11.30pagi

 Lokasi : PEDi Kampung Jepak

 Peserta : Dewasa (4 Orang) & Kanak-kanak (20 Orang)

Tujuan

Lawatan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada murid-murid berkenaan dengan asas komputer. Selain itu, murid-murid dapat meneroka melalui sentuhan jari mencari maklumat dan ilmu pengetahuan dapat menarik minat murid untuk belajar dengan cara yang mudah.

Kelebihan Aktiviti

1. Mengcungkil bakat dalam bidang kreativiti seperti mewarna.

2. Dapat mengenali asas komponen komputer yang ada di Pusat Ekonomi Digital.

Bengkel Keusahawanan (Membuat Pau dan Karipap Pusing)

Tarikh : 17 November 2021

Masa   : 1.00 Petang - 4.30 Petang

 Lokasi : PEDi Kampung Jepak

 Peserta : Dewasa (10 Orang)

Tujuan

Bengkel ini diadakan adalah untuk mengajar pseserta cara-cara membuat pau dan karipap pusing yang sedap dan mudah untuk santapan sendiri mahupun tujuan perniagaan persendirian.

Kelebihan Aktiviti

1. Para peserta juga diberikan buku resipi dan banyak tips berguna dalam pembuatan pau dan karipap

2.Membolehkan peserta menyediakan untuk berniaga sampingan.

Mini Majlis Perpisahan Kelas PLFV 2.0 (LEADS) dan Kelas Asas Microsoft Word warga Emas.

Tarikh : 1 Disember 2021

Masa   : 1.00 Petang - 4.30 Petang

 Lokasi : PEDi Kampung Jepak

 Peserta : Dewasa (14 Orang)

Tujuan

Menyasarkan golongan buta huruf dewasa skop pembelajaran memberi penekanan kepada kemahiran 3M iaitu menulis, membaca dan mengira. Majlis mini perpisahan ini diadakan untuk menamatkan kelas PLFV 2.0 (LEADS) sesi 2021.

Kelebihan Aktiviti

1. Aktiviti riadah bersama peserta dewasa.

2.Penyampaian Sijil Tamat kelas asas Microsoft word.

3. Mengeratkan silaturahim bersama peserta dewasa.

Program RANDAU SOLIDARITI KOMUNITI (RSK) 2021

Tarikh : 23 OKtober 2021

Lokasi : PIK Kg Jepak (secara atas talian)

Masa     : 8.00pagi - 5.00 petang

Anjuran Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPS),Kementerian kebajikan,kesejahteraan komuniti,Wanita,keluarga dan pembangunan kanak-kanak (KWKPK)

Objektif :

1. Memupuk perpaduan dikalangan komuniti di Sarawak agar keharmonian sosial terus mantap.

2. Menjalinkan kerjasama dan kolaborasi dalam komuniti bagi menangani cabaran isu sosial yang dihadapi agar keselamatan awam terus dipelihara.

3. Memantapkan budaya kepedulian dalam masyarakat agar integrasi dan kesejahteraan sosial di kalangan komunti terus terjalin.

Aktiviti:

  1. 1. Sesi ceramah dan Sesi forum dalam webinar ini membariskan penceramah-penceramah dan ahli-ahli panel berpengalaman dari :-
  2. a ) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak (Tajuk : Perpaduan dalam komuniti)
  3. b ) Jabatan pencegahan Jenayah dan keselamatan komuniti (JPJKK) PDRM IPK Sarawak(Tajuk : Keselamatan dalam komuniti)
  4. c ) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak (Tajuk : Mengenali individu yang terjebak dadah)
  5. d ) Persatuan kesihatan Mental Sarawak (MHA) (Tajuk : Solidariti keluarga semasa Covid 19)