Bengkel Kerjaya : Teknik Penulisan Resume & Persediaan Menghadapi Temuduga 2.0

Tarikh : 27 Januari 2018

Masa   : 10.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet  kg Jepak

Peserta : 15 Orang (Belia)

Tujuan

Program ini adalah untuk mendedahkan mahasiswa tentang pentingnya membina personaliti eksekutif dan mempersiapkan diri dengan segala kemahiran yang perlu untuk memasuki pasaran kerja.Bengkel ini juga adalah untuk melengkapkan diri peserta dengan kemahiran,teknik dan tips mencari kerja dan menghadapi temuduga supaya bakal graduan lebih berkeyakinan dan kompetitif dalam meghadapi persaingan dalam mendapatkan kerja selepas tamat sekolah/pengajian.

Kelebihan Aktiviti

1. Memberi Pendedahan kepada pelajar berkaitan cara penulisan resume yang efektif dan sesuai dengan kehendak industri semasa memandangkan perkara ini merupakan perkara utama dan asas bagi lepasan sekolah / graduan untuk memohon pekerjaan selepas tamat belajar.

2. Diberi tunjuk ajar dan panduan tentang struktur asas temuduga,persediaan menghadiri temuduga dan turut diberikan beberapa tips kunci kejayaan dalam temuduga.

3. Dengan bengkel ini peserta dapat lebih bersedia dari segi mental dan emosi sebelum,semasa dan selepas meghadapi temuduga pada masa akan datang sekaligus dapat memotivasikan mereka untuk membuat persediaan awal sebelum menempuh alam kejayaan.

Program : Majlis Penutupan Bengkel Memproses keropok lekor

Tarikh : 12 Disember 2017

Masa   : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi : Dewan Serbaguna Kampung Jepak Hulu / Pusat Internet  kg Jepak

Peserta : 45 Orang (wanita & Belia)

Tujuan

Satu bengkel Teknikal membuat keropok lekor. Bengkel ini merupakan salah satu usaha untuk memberi ilmu agar dapat di manfaatkan bagi menambah pendapatan dan meningkatkan ekonomi para peserta. Bengkel ini telah di anjurkan oleh persatuan penjaja dan peniaga Kecil 1Malaysia Sarawak dan persatuan usahawan kecil Bumiputra Bintulu (PUKB).

Kelebihan Aktiviti

1. Memberi Pendedahan asas keusahawanan berniaga keropok lekor.

2. Menyediakan ruangan dan peluang untuk membuat keropok lekor sendiri dengan kaedah dan cara yang telah di ajarkan.

3. Diberikan tip-tip perniagaan dalam industri keropok lekor.

 

Program : Bengkel Keusahawanan Homeparty Tupperware

Tarikh : 11 November 2017

Masa   :10.00 Pagi - 12.30 Petang

Lokasi : Pusat Internet  Kg Jepak

Peserta : 40 Orang

Tujuan

Bertujuan memberi pendedahan asas keusahawanan Online dan menyediakan ruangan dan peluang untuk yang ingin menjadi usahawan dengan menjual produk Tupperware.Memberikan ilmu pengetahuan tentang cara penggunaan Tupperware dengan betul seperti cara membersih,cara menyimpan bila produk tidak digunakan dan tatacara mengantikan produk yang rosak kepada yang baru.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut seperti:-

1. Bicara keusahawanan : Asas keusahawanan online ( tips-tips menjalankan Online Bizz) / Pengenalan My Shop.

2. Produk Tupperware  : Pengenalan produk Tupperware dan cara penggunaanya dengan betul dan tips-tips untuk menjual produk tupperware.

3.Cabutan bertuah : Hadiah cabutan bertuah adalah produk tupperware.

4. Demo penggunaan peralatan di dapur jenama Tupperware (Demo Kitchen Helper).

Program : Majlis Perpisahan Tabika Kemas Kampung Jepak

Tarikh : 22 November 2017

Masa   :08.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi : Dewan Serbaguna Kampung Jepak Hulu

Peserta : 30 kanak-kanak

Tujuan

Bertujuan meraikan majlis perpisahan bersama kanak-kanak Tabika Kemas kampung Jepak hulu.Menyampaikan sijil graduasi tamat persekolahan di Tabika Kemas dan untuk merapatkan silaturahim dikalangan guru dan ibu bapa pelajar.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut seperti:-

1. Penyampaian Sijil Tamat Persekolah di Tabika Kemas.

2. Senamrobik

3.Meniup Belon

4. Makan Roti dari muka.

5. Membawa bola pingpong di dalam sudu

6. Bubble Giant

7. Musang Berjanggut

 

Program : Bengkel Keusahawanan dan bengkel seni solekan

Tarikh : 29 Oktober 2017

Masa   : 8.00 Pagi - 2.30 Petang

Lokasi : Pusat Internet  Kg Jepak

Peserta : 12 Orang

Tujuan

Bertujuan memberi pendedahan asas keusahawanan Online dan menyediakan ruangan dan peluang untuk mengiklankan produk usahawan tempatan di aplikasi dashboard dan memasarkan produk mereka kepada komuniti setempat.Memberikan ilmu pengetahuan tentang asas seni solekan kerana asas tersebut boleh menjanakan pendapatan terhadap peserta.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut seperti:-

1. Bicara keusahawanan : Asas keusahawanan online ( tips-tips menjalankan Online Bizz) / Pengenalan My Shop.

2. Bengkel fotografi  : Asas cara dan teknik pengambaran produk yang dipasarkan secara online).

3. KDB dan kuiz  :  Program yang membudayakan penggunaan internet secara  positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

4. Bengkel Seni Solekan : cara dan teknik asas seni solekan.Memilih bagaimana mencipta seni solekan untuk client-client seperti solekan dinner,bertunang dan pengantin.