Program Dengue Patrol Sk kampung Jepak(Taklimat dan Pameran Klik dengan Bijak)

Tarikh : 13 April 2019

Masa   : 8.00pagi - 2.00petang

 Lokasi : Dewan Sri jepak,Sk kampung Jepak

 Peserta :Pelajar,Guru dan Ibubapa

Tujuan

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dan mengenai bahaya nya Nyamuk Aedes jika tidak dihapuskan.

 

Kelebihan Aktiviti

1.Pelajar dan ibubapa didedahkan mengenai penyalahgunaan telefon pintar.

2. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).

3. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

Lawatan Pelajar Tabika KEMAS Sungai Sebuan Besar Kampung Jepak

Tarikh : 22 March 2019

Masa   : 09.00pagi - 11.30 Pagi

 Lokasi : Pusat Internet Kampung Jepak Hulu

 Peserta :Pelajar Tabika Kemas dan Guru pengiring

Tujuan

Untuk menerangkan kepada pelajar mengenai asas Komputer dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang kemudahan yang ada di Pusat Internet Kg Jepak.

 

Kelebihan Aktiviti

1.Pelajar didedahkan Asas penggunaan komputer.

2. Dapat Menarik Minat pelajar untuk menjadi Ahli Pusat Internet kg jepak.

 

Program Jom sihat Pusat Internet Kampung Jepak

 

Tarikh : 20 Januari 2019

Masa   : 07.00Pagi - 1.00Petang

 Lokasi : Dewan Serbaguna Kampung Jepak Hulu & Pusat Internet Kampung Jepak Hulu

 Peserta : Semua golongan (Komuniti Kampung Jepak)

 

Tujuan

Untuk memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada komuniti sekitar kampung jepak.Amalan sihat menjurus kepasa kebersihatan diri,pemakanan seimbang,senaman yang konsisten, mengelakkan stress dan konflik.

 

Kelebihan Aktiviti

1. Menyebarkan informasi terkini mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada komuniti.

2. Melalui program ceramah dan pameran akan dapat memupuk perasaan cintakan kesihatan

3. Membimbing komuniti ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti tabiat merokok.

 

IMG 20190120 083542

Program Keusahawanan (Bengkel Membuat Tart Cheese)

Tarikh : 16 Februari 2019

Masa   : 08.00Pagi - 1.00Petang

 Lokasi : Pusat Internet Kampung Jepak Hulu

 Peserta : Wanita (Surirumah)

Tujuan

Bengkel Keusahawanan menyediakan pakej untuk komuniti kampung Jepak memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciriciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing dan mereka di berikan pendedahan mempelajari cara membuat Tart cheese.

 

Kelebihan Aktiviti

1. Melahirkan lebih ramai usahawan pemasar yang professional, dinamik dan mempunyai jaringan perniagaan yang kukuh.

2.Membolehkan usahawan menyediakan rancangan perniagaan dan strategi pemsaran yang lebih berkesan.

3.Memberi dan mendedahkan usahawan dengan setiap perubahan serta maklumat pasaran yang terkini iaitu secara online.

 

Program Pemeriksaan Mata

Tarikh : 22 September 2018

Masa   : 2.00ptg - 5.00ptg

Lokasi : Dewan Serbaguna Kpg Jepak hulu

Peserta : Penduduk Kampung Jepak

 

Tujuan

Program pemeriksaan mata ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan tips untuk menjaga kesihatan mata kepada masyarakat setempat dan untuk membantu komuniti yang mempunyai masalah mata.

 

Kelebihan Aktiviti

Komuniti dikawasan Kampung Jepak dapat membuat pemeriksaan mata secara percuma dan dapat mengetahui tahap rabun mata.