Program Hari kemerdekaan yang ke 61 Tahun Bersama Tabika Kemas Kpg jepak Hulu.

Tarikh : 31 Ogos 2018

Masa   : 08.00 - 11.30 Pagi

Lokasi : Ruang Legar Tabika Kemas Kpg Jepak

Peserta : Kanak-kanak Tabika Kemas Kpg Jepak Hulu dan IbuBapa.

Tujuan

Untuk menyuntik semangat kemerdekaan dan cinta akan Negara.Menerangkan tema Kemerdekaan Ke 61 Tahun "Sayangi Malaysiaku" kepada kanak-kanak Tabika.

 

Kelebihan Aktiviti

1. Dapat memupuk semangat patriotik dan cinta akan negara.

2. Menghargai dan mengenang jasa para pejuang kemerdekaan tanah air kita.

3. Bagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya rakyat yang berbilang kaum dan agama saling memahami dan hormat menghormati serta bersatu padu.

Program eUsahawan (Terokai Dunia Perniagaan Digital)

Tarikh : 08 Julai 2018

Masa   : 10.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Kg jepak

Peserta : 8 Orang

Tujuan

Program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka - selaras dengan agenda ekonomi digital negara.

 

Kelebihan Aktiviti

1. Memberi pendedahan asas keusahawanan Online.

2.  Menyediakan ruangan dan peluang untuk mengiklankan produk usahawan tempatan dan memasarkan produk mereka kepada komuniti setempat.

3. Membimbing individu memulakan perniagaan di rumah atau dimana sahaja.

4. Program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet

5. Membantu individu mempunyai keterampilan serta keyakinan diri yang tinggi (Confident Attitude).

 

Bengkel Keusahawanan bersama Tupperware

Tarikh : 10 Mac 2018

Masa   : 02.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet  Kg jepak

Peserta : 16 Orang

Tujuan

Bertujuan memberi pendedahan asas keusahawanan Online dan menyediakan ruangan dan peluang untuk yang ingin menjadi usahawan dengan menjual produk Tupperware.Memberikan ilmu pengetahuan tentang cara penggunaan Tupperware dengan betul seperti cara membersih,cara menyimpan bila produk tidak digunakan dan tatacara mengantikan produk yang rosak kepada yang baru.Mengajar asas dan teknik pengambaraan produk yang dipasarkan secara online.

Kelebihan Aktiviti

1. Memberi pendedahan asas keusahawanan online(tips-tips menjalankan Online Bizz).

2.  Meningkatkan penglibatan komuniti setempat dalam program yang dianjurkan.

3. Dapat memupuk semangat berpasukan dan dapat berkerjasama dengan rakan-rakan lain dalam kumpulan.

4. Program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet

 

Bengkel Keusahawanan dan Bengkel Asas Solekan

Tarikh : 15 April 2018

Masa   : 10.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Kg jepak

Peserta : 18 Orang

Tujuan

Bertujuan memberi pendedahan asas keusahawanan Online dan menyediakan ruangan dan peluang untuk yang ingin menjadi usahawan.Membantu individu mempunyai keterampilan serta keyakinan diri yang tinggi (Confident Attitude).

Kelebihan Aktiviti

1.Membantu menjana Ekonomi individu yang berpotensi bila menceburi bidang ini.

2.  Meningkatkan penglibatan komuniti setempat dalam program yang dianjurkan.

3. Membimbing individu memulakan perniagaan di rumah atau dimana sahaja.

4. Program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet

5. Membantu individu mempunyai keterampilan serta keyakinan diri yang tinggi (Confident Attitude).

Mini Sukaneka 2018

Tarikh : 16-17 Februari 2018

Masa   : 08.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi : Dewan Serbaguna Kampung jepak Hulu

Peserta : 60 Orang

Tujuan

Program ini adalah untuk menerapkan budaya hidup cergas dan aktif dalam aktiviti sukan dikalangan komuniti.Menggalakkan penglibatan aktif dari komuniti setempat untuk terlibat di setiap program yang di anjurkan,selain itu dapat mengeratkan silaturrahim diantara petugas Pi1m,komuniti dan Jkkk Kampung jepak.Dan dapat berkerjasama dalam berpasukan untuk mengatur strategi untuk setiap aktiviti yang di jalankan.

Kelebihan Aktiviti

1. Melibatkan semua golongan dan program ini dapat memupukkan semangat hidup cergas dan aktif dalam sukan.

2.  Meningkatkan penglibatan komuniti setempat dalam program yang dianjurkan.

3. Dapat memupuk semangat berpasukan dan dapat berkerjasama dengan rakan-rakan lain dalam kumpulan.