Program Makanan sihat Pra Sekolah

Tarikh : 12 Februari 2020

Masa   : 7.30pagi - 11.30 Pagi

 Lokasi : Dewan Sk Jepak

 Peserta : 100 Pelajar Pra Sekolah Sk Kpg Jepak / 40 Ibubapa & Guru

Tujuan

 

Murid-murid dapat mengetahui amalan pemakanan yang sihat dan seimbang dan amalan pemakanan yang merbahayakan diri.Cara-cara menjaga pemakanan yang seimbang dan memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga pemakanan berpandukan piramid makanan dalam kehidupan seharian.

Aktiviti

1. Pertandingan penyediaan menu makanan sihat.

2. Pertandingan Mewarna Murid Pra Sekolah.

Gambar disini

Program Cakna Kesihatan & Lestari ICT Pusat Internet Kampung Jepak 2019

Tarikh : 15 Disember 2019

Masa   : 7.30pagi - 1.00petang

 Lokasi : Pusat Internet Kampung Jepak 

 Peserta :200 pengunjung / Peserta

Tujuan

Untuk melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan. Disamping itu, ianya dapat mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat. Selain itu, ianya bertujuan untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih dan bagi menggalakkan lebih ramai komuniti untuk datang ke Pusat Internet dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan serta menghargai sokongan komuniti terhadap program di Pusat Internet.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti bengkel keusahawanan(Myshop),membuat artikel (Mykomuniti),acara sukaneka untuk belia,kanak-kanak dan warga emas.Pemeriksaan kesihatan secara percuma (Kospen / Myhealth),taklimat Klik dengan Bijak,Kuiz kahoot,mewarna digital dan senaman poco-poco.Selain itu,terdapat juga pameran dari agensi Kesihatan.

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Kampung Jepak 2019

Tarikh : 17 November 2019

Masa   : 7.30pagi - 1.00petang

 Lokasi : Pusat Internet Kampung Jepak 

 Peserta :250 pengunjung / Peserta

Tujuan

Untuk mempromosikan Pusat internet kepada komuniti dan memperkenalkan satu aplikasi iaitu Dashboard Komuniti bersama modul-modul yang terdapat di dalam Dashboard Komuniti serta menggalakkan mereka untuk memuat turun aplikasi Dashboard dan memperkenalkan E-waste kepada komuniti. Selain itu program ini juga diadakan bagi menggalakkan lebih ramai komuniti untuk datang ke Pusat Internet dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan serta menghargai sokongan komuniti terhadap program di Pusat Internet.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti bengkel keusahawanan(Myshop),membuat artikel (Mykomuniti),acara sukaneka untuk belia,kanak-kanak dan warga emas.Pemeriksaan kesihatan secara percuma (Kospen / Myhealth,taklimat Klik dengan Bijak,Kuiz kahoot,mewarna digital,pertandingan masakan berasaskan belacan,pakaian beragam menggunakan bahan terbuang(Rujukan Youtube).Selain itu,terdapat juga pameran dari agensi Kesihatan,Tupperware dan Tm.

 

Gambar disini

Bengkel Sosial Media Marketing (Keusahawanan)

Tarikh : 23 November 2019

Masa   : 10.00pagi - 4.00petang

 Lokasi : Pusat Internet Kampung Jepak 

 Peserta :10 peserta

Tujuan

Untuk Belajar teknik pemasaran melalui media sosial khusus untuk mempromosi produk.

Aktiviti

Diajar teknik-teknik mengambil gambar dan video secara betul serta teknik mengedit gambar dan video dengan menggunakan smartphone. Mempromosikan melalui secara media sosial.

Gambar Klik Disini

Taklimat Miv With DTT

Tarikh : 19 Oktober 2019

Masa   : 9.30 pagi - 12.00Tengahhari

 Lokasi : Pusat Internet Kampung Jepak

 Peserta :12 Peserta Sukarelawan

Tujuan

Pendedahan kepada Siaran Digital myFreeview DTT/DTH

Kelebihan Aktiviti

1. Sukarelawan diberi pendedahan tentang DTT/DTH untuk disampaikan kepada komuniti setempat kerana Siaran Analog akan ditukar kepada Siaran Digital MyFreeview.