Kursus Keusahawanan (Agrobazaar Online)

Tarikh : 12 September 2019

Masa   : 8.00pagi - 4.00petang

 Lokasi : Pusat Internet Kampung Jepak

 Peserta :Usahawan Sekitar Bintulu (10 Orang)

Tujuan

Matlamat kursus Agro Bazaar adalah sebagai tempat mengumpul, membeli dan menjual hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh petani kecil dan masyarakat kampung di samping menjual barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan.

Kelebihan Aktiviti

1. Para peserta di ajar mendaftar hasil barangan jualan ke dalam laman web agrobazaar.

2. Agrobazaar online adalah platform pemasaran maya yang menemukan pengeluar,pengilang,pembekal dan pengguna.

3. Memudahkan masyarakat setempat mendapatkan bekalan barangan keperluan asas dan produk pertanian pada harga berpatutan. 

IMG-20190912-WA0059

Program Semangat Patriotik Dan Legasi Digital

Tarikh : 23 Ogos 2019

Masa   : 7.00 Pagi - 11.20pagi

 Lokasi :Smk Kemena Bintulu

 Peserta :Pelajar sekolah menengah (Tingkatan 1I)

Tujuan

Memberi kefahaman kepada para pelajar mengenai kepentingan digital dan semangat mencintai negara dengan menimba ilmu pengetahuan disekolah.

Kelebihan Aktiviti

1. Membantu meningkatkan semangat dan keyakinan diri di dalam kalangan para pelajar.

2. Memberi maklumat kebaikan dan keburukan digital jika disalahgunakan.

3. Membantu memberi kesedaran kepada para pelajar betapa pentingnya semangat mencintai negara dengan menimba ilmu pengetahuan disekolah.

Kursus Pembangunan Laman Web

Tarikh : 28 Jun 2019 hingga 30 Jun 2019

Masa   : 8.00pagi - 5.00 petang

 Lokasi : Pusat Internet Kampung Jepak

 Peserta :Usahawan Kawasan kampung Jepak

Tujuan

Memperkenalkan Laman web yang digunakan untuk menjual beli produk secara atas talian.Memasarkan produk didalam talian seperti facebook,blog dan sebagainya.

Kelebihan Aktiviti

1.Memberi tunjuk ajar kepada usahawan-usahawan bagaimana hendak membuat facebook,blog dan group whatsapp.

2. Melahirkan usahawan yang celik IT dan diberi tunjuk ajar mengambil gambar produk secara betul.

3. Penggunaan aplikasi sosial dalam mempromosi produk dan strategi pemasaran menggunakan aplikasi sosial.

Program intervensi Sosial / Pameran : Kesedaran & Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS) Bahagian Bintulu siri 1/2019 Di Smk Bandar Bintulu

Tarikh : 17 Julai 2019

Masa   : 8.30pagi - 12.00 tengahari

 Lokasi : Dewan serbaguna SMK Bandar Bintulu

 Peserta :Pelajar sekolah menengah (Tingkatan 2)

Tujuan

Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.

Kelebihan Aktiviti

1. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).

2. Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri

3. Memperbanyakkan kandungan-kandungan “mampu-viral” yang positif di internet.

Program Kembara Ilmu Bersama Pelajar UNIMAS (FoCuSIT)

Tarikh : 4 Mei 2019

Masa   : 10.00pagi - 4.00petang

 Lokasi : Pusat Internet Kampung Jepak

 Peserta :Pelajar sekolah Rendah,sekolah menengah dan Pelajar UNIMAS

Tujuan

Mendorong proses pembelajaran mengenai subjek sains komputer serta memperkenalkan teknologi maklumat kepada komuniti luar bandar.

Kelebihan Aktiviti

1.Memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar yang terlibat mengenai MBOT dan Drone serta cara menggunakannya.

2. Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).

3. Memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan Microsoft word.