Usahawan Kecil (Kuih kering,Biskut)

Nama :Azima Binti Kamis

Umur : 39 Tahun

Ahli    : 2019

Latar belakang

- Terdahulu, Azima Kamis merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai hobi dalam bidang masakan Justeru,
beliau menyertai Usahawan PEDi secara intensif dibawah bimbingan petugas PEDi Kg Jepak dan aktif bergiat serta menghadiri kelas-kelas yang diadakan.
Usahawan yang menjalankan perniagaan pelbagai produk berasaskan makanan seperti kuih kering, biskut, produk pastry dan produk tempatan seperti belacan.
Beliau telah belajar cara memperluaskan perniagaan beliau dalam e-marketplace seperti Shopee. 
 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, kaedah permasaran agak terhad. Serta tidak mahir untuk menghasilkan gambar dan foto produk yang menarik, semasa memasarkan produk secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

-Beliau juga telah mencipta logo dan sticker produk beliau semasa menghadiri kelas Asas Canva. 
Perniagaan yang dijalankan oleh beliau lebih mudah dikenali apabila beliau telah mencipta logo, sticker dan banner dalam usaha memperkasakan perniagaan beliau. Iklan yang
lebih menarik juga membantu dalam mempromosikan perniagaan beliau secara atas talian. Hasil jualan meningkat setelah menyertai kelas tersebut.
Selainshopee, beliau juga menggunakan platform media social seperti Facebook dan Whatsapp untuk tujuan promosi dan tempahan.

Nama : Nur RabiatulAnis
Umur : 14 Tahun

Ahli    : 2017

Latar belakang

Adik Anis merupakan anak jati Kg Jepak dan bersekolah di SMK Kemena .Beliau telah mula mengikuti Latihan ICT yang di anjurkan oleh pihak Pi Kg Jepak pada Januari tahun 2020.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang berpengetahuan mengenai ICT. Sifat yang ingin belajar lebih mendalam tentang penggunaan Microsoft Office telah mendorong beliau untuk terlibat dengan Pi Kg Jepak.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Jepak kini beliau mampu menguasai dan menambah pengetahuan tentang fungsi ICT. Kelas ICT yang dijalankan telah memberi peluang untuk beliau memperbaiki kemahiran menggunakan pelbagai perisian komputer seperti Microsoft office serta menggunakan internet browser untuk tujuan mencari maklumat di atas talian.

Apabila beliau didedahkan dengan pelbagai ilmu menggunakan komputer dan internet adik Anis itelah mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajarinya. Ini telah membantu beliau untuk memperbaiki beliau dari segi mengulangkaji pelajaran secara atas talian.

 

Nama :Nur Fitri Dalila

Umur : 11 Tahun

Ahli    : 2018

Latar belakang

 

Adik Fitri merupakan anak jati Kg Jepak dan bersekolah di SK Kg Jepak .Beliau telah mula mengikuti Latihan ICT yang di anjurkan oleh pihak Pi1M pada Januari tahun 2018. Pada tahun hadapan beliau bakal memduduki peperiksaan UPSR.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Fitri kurang berpengetahuan mengenai ICT. Sifat yang ingin belajar lebih mendalam tentang penggunaan Microsoft Office telah mendorong beliau untuk terlibat dengan Pi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Melalui kelas latihan ICT yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Kg Jepak kini beliau mampu menguasai dan menambah pengetahuan tentang fungsi ICT. Kelas ICT yang dijalankan telah memberi peluang untuk beliau memperbaiki kemahiran menggunakan pelbagai perisian computer seperti Microsoft office serta menggunakan internet browser untuk tujuan mencari maklumat di atas talian.

Apabila beliau didedahkan dengan pelbagai ilmu menggunakan komputer dan internet adik Fitri telah mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajarinya. Ini telah membantu beliau untuk memperbaiki beliau dari segi mengulangkaji pelajaran secara atas talian. Beliau kerap menggunakanTutor Online UPSR untuk belajar dan mengulangkaji matapelajaran yang bakal beliau duduki untuk peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.

Usahawan Kecil Makanan Basah

Nama : Maslina Binti Junis

Umur : 40 Tahun

Ahli    : 2017

Latar belakang

Telah lama bergiat menjalankan perniagaan usahawan kecil-kecilan Sekitar kampung Jepak. Ketika ini beliau menumpukan perniagaan dengan membuka gerai menjual pelbagai jenis masakan panas seperti Nasi Ayam, Mee Goreng dll, sepenuh masa dan merancang untuk meluaskan perniaggan mereka. Kini beliau masih lagi mengikuti krusus Keusahawanan dan bengkel-bengkel keusahawanan yang di anjurkan oleh PI Kg Jepak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, beliau belum mahir menggunakan Microsoft office 2010 serta kaedah permasaran agak terhad menyukarkan beliau untuk meningkat kan hasil jualan. Serta tidak mahir untuk membuat poster dan tag harga supaya kelihatan lebih menarik.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui bengkel latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Jepak beliau kini telah berpeluang untuk memasarkan pasaran produk hasil jualan dengan lebih meluas terutamanya dalam dashboard komuniti My shop. Setelah mengetahui strategi pemasaran secara online beliau telah melipatgandakan pendapatan perniagaan beliau.

 

Nama : Azri Bin Abil

Umur : 17 Tahun

Ahli    : 2015

Latar belakang

Azri Bin Abil merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kemena (SMK KEMENA) tingkatan 5 berumur 17 tahun. Beliau sering kali bersama rakan-rakannya pergi ke Pusat Internet  Kg jepak untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgu. Beliau menggunakan kemudahan di PI1M dengan sebaiknya dan untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan pelajaran. Sejak beliau menjadi ahli Pi1m beliau terus mengikuti Kelas ICT dan aktif mengikuti program yang dijalan oleh Pusat Internet Kg jepak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saya merupakan seorang yang beginners level (zero knowledge). Saya tidak pernah mengikuti apa-apa krusus ICT sebelum ini. Atas nasihat ibu,kawan-kawan dan guru saya,saya pergi ke Pusat Internet kg jepak untuk mengikuti Kelas ICT

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas dan latihan ICT yang diberikan oleh petugas pelbagai ilmu dan pengetahuan telah saya pelajari.

Antaranya ialah belajar menaip (typing skill).Peserta akan belajar teknik berkesan menghasilkan dokumen rasmi seperti surat rasmi, selain itu saya juga mempelajari cara penggunaan Email & Internet yg betul dan efektif. Bagaimana menggunakan facebook dengan bijak dan saya juga dapat mengulangkaji matapelajaran dengan menggunakan laman web yang sedia ada.