Program : Bengkel Keusahawanan dan Myshop Komuniti Dashboard.

Tarikh : 24 September 2017

Masa   : 8.00 Pagi - 4.30 Petang

Lokasi : Pusat Internet  Pekan Tatau

Peserta : 20 Orang

Tujuan

Bertujuan memberi pendedahan asas keusahawanan Online dan menyediakan ruangan dan peluang untuk mengiklankan produk usahawan tempatan di aplikasi dashboard dan memasarkan produk mereka kepada komuniti setempat.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut seperti:-

1. Bicara keusahawanan : Asas keusahawanan online ( tips-tips menjalankan Online Bizz) / Pengenalan My Shop.

2. Bengkel fotografi  : Asas cara dan teknik pengambaran produk yang dipasarkan secara online).

3. KDB dan kuiz  :  Program yang membudayakan penggunaan internet secara  positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

WhatsApp-Image-2017-10-04-at-16.18.59

 

 

 

 

Program : Program Penghayatan Kemerdekaan Sehati Sejiwa Tahun 2017.

Tarikh : 26 Ogos 2017

Masa   : 9.00 Pagi - 5.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet Kg jepak

Peserta : 60 Orang

Tujuan

Untuk Menyuntikkan semangat kemerdekaan dan cinta akan negara.Menanamkan semangat Patriotisme dalam kalangan Ahli Pi Kg Jepak dan Komuniti sekitar kampung Jepak.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut seperti pertandingan mewarna,pertandingan menaip dengan pantas,permainan BINGO,Pertandingan Make up tema kemerdekaan,Taklimat Klik dengan Bijak(KDB),Tayangan video kemerdekaan dan Taklimat dashboard.Kelebihan mengadakan aktiviti seperti ini adalah untuk menghargai dan mengenang jasa para pejuang kemerdekaan tanah air.

DSCN5269

Aktiviti  Bulan Jun 2017

1. Aktiviti Pada 18 Jun 2017 Majlis Berbuka Puasa di Pi1m Kg Jepak